oleh: pelajar yg gemuk V
Ada seorang teman menyarankan saya agar membaca artikel yang ditulis oleh Dr. Azly Rahman di laman blog terkemuka di Malaysia. Saya mendapati hujah-hujah yang beliau nukilkan rasional dan perlu diambil berat oleh semua.
Beliau menulis mengenai situasi dan persekitaran menara gading kita yang kurang membantu membentuk pelajar-pelajar kelas pertama. Saya suka membaca berkenaan dengan sistem pendidikan kita yang berorientasikan peperiksaan. Sacara peribadi saya bersetuju bahawa ia adalah antara sebab kualiti graduan kita sekarang amat menyedihkan.
"Our students are being treated like extensions of the Malaysian secondary schools and they in turn treat the university as a place wherein facts are merely to be regurgitated at the end of the semester examinations. Therefore they now expect to be spoon-fed all the time, even during job interviews"
Semakin saya mendalami nukilan penulis,saya semakin berharap kampus kita dapat benar-benar menjadi Universiti bertaraf dunia.UNITEN kini bergerak pantas dalam mendapatkan status kelas dunia. Pelbagai akreditasi-akreditasi daripada badan-badan professional yang diiktiraf seluruh dunia diharapkan menyumbang kearah matlamat untuk disenaraikan oleh THES - QS World University Rankings pada masa hadapan.
Apa yang saya ingin nyatakan disini,diharapkan pihak pengurusan UNITEN tercinta kita dapat membentuk satu suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bukan sahaja dari sudut infrastruktur malah dari sudut pembangunan minda dan kemahiran kelas pertama. Saya yakin jikalau perkara ini diambil serius oleh pihak UNITEN terutamanya Pusat Hal Ehwal Pelajar,usaha ini akan berhasil dan bolehlah kita mendabik dada sebagai IPTS pertama disenaraikan di ranking tersebut.
sila klik untuk menyelami nukilan Dr. Azly Rahman.(artikel ini diekstrak dari Malaysia-Today.net
0 comments:
Post a Comment