UNITEN MEMERLUKAN BUDAYA DAN TRADISI.

. Saturday, December 1, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

(oleh Pelajar yg gemuk V)

University of St. Andrews, Oxford dan Cambridge adalah antara institusi pendidikan tinggi yang gah di Kepulauan British. Harvard,Princeton dan Yale juga tersohor di serata dunia baik dari segi produk yang dihasilkan malah budaya dan tradisi mereka. St. Andrew sebagai contoh,mereka mempunyai scarf dan cloak mereka yang tersendiri. Mereka masih mengekal tradisi itu sejak dari awal penubuhan mereka sekitar tahun 1410. Begitu juga Oxbridge dan Ivy League yang lain.

Bukan itu sahaja,Universiti Malaya dan berbagai lagi jenis IPTA yang mempunyai budaya dan tradisi mereka tersendiri. Kita boleh mengenal pasti graduan-graduan ini kerana mereka berbangga dengan tradisi yang diturunkan dan diamalkan sejak sekian lama. Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) masih boleh dan bangga dengan terikan “bung wak wak” yang meniupkan semangat. Kenapa ALUMNI UNITEN masih kurang sengatnya?? Berdasarkan maklumat oleh angelic devil,graduan kita kurang berminat ingin kembali ke UNITEN. Mengapa perkara ini boleh berlaku??

Saya berpendapat,kita tiada tradisi dan budaya yang boleh dibanggakan. Mungkin ada yang berkata, “Kita baru 10 tahun,buat apa nak leceh-leceh”.Tidak wahai sahabat,masa dan waktu bukan penyebabnya. Jika kita nilai kembali,graduan-graduan kita akan meninggalkan terus UNITEN sesudah mereka melunaskan hutang terakhir mereka dengan UNITEN dan menerima ijazah daripada Canselor. Tiada apa yang boleh mereka ingati,tiada apa yang mereka boleh mendabik dada menyatakan UNITEN lah tempat bermulanya mereka yang sekarang.

Keadaan sebegitu rupa akan berterusan sehingga UNITEN berusia 30 tahun sekalipun jika pihak-pihak yang berkenaan tidak mengambil tindakan yang wajar dan pantas. Tradisi dan budaya sesebuah universiti bukannya lahir tiba-tiba,semestinya ianya dimulakan oleh seseorang dan diikuti dan diteruskan kerana itu ialah identity graduan itu. Oleh itu marilah wahai sahabat-sahabat yang masih menuntut di UNITEN yang kita cintai ini,bersatulah dan bersama mencipta tradisi yang akan diteruskan oleh generasi akan datang.

Kita boleh memulakan dengan gambar-gambar graduan kolej mengikut tahun tamatnya pengajian seperti BEP class of 2008,pampangkan gambar beramai-ramai tersebut di Memorial Kolej Kejuruteraan kita.Atau kita adakan sebuah attire yang mudah dipakai bila-bila dan dimana sahaja. Jikalau kita ingin berbangga sebagai institusi dibawah Tenaga Nasional Berhad,mungkin kita boleh aplikasikan jaket biru TNB dipakai oleh pelajar-palajar kita untuk berhimpun,pergi ke kelas atau sebagainya.

Pokok pangkalnya,kita kena memulakan sesuatu yang unik,sesuatu yang membuatkan kita bangga yang UNITEN lah universiti istimewa.Tidak kisahlah jaket,gambar,majlis khas bersama ibubapa,orientasi,tetapi yang penting kita mempunyai tradisi dan saya yakin dengan adanya tradisi dan budaya yang unik,suasana pembelajaran di Kampus kita akan berubah dan berlainan.Dan mungkin pada satu hari nanti,hujung minggu kita tidak sunyi kerana ada pelajar yang akan mengisikannya demi budaya dan tradisi kita.


1 comments:

Anonymous said...

Bagi aku kalo kite nak wujud kan suasana tradisi dan budaya dekat uniten.
aku rs x yah lah bt jacket.tapi,kite buat mcm alumni uitm.commitee almuni uitm bagi collar batch dekat semua x student uitm masa konvo.

pekate,aku suggest dekat pihak alumni bagi sticker kereta ker dekat x student uniten masa konvo.
tulis.Alumni uniten.
at least,bole la kite semua letak sticker tu dekat belakang kereta.
jalan-jalan..tgk kereta sebelah kite..
eh,student uniten rupenyer..
time tu semua da keje elok-elok..
bangga dan sekali gus wujudlah tradisi dan budaya uniten.