UNITEN CUP 2008 : ACARA SUKAN TERHEBAT DI KAMPUS PUTRAJAYA

. Friday, December 7, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

(Oleh Pelajar yg Gemuk V)

Uniten Cup 2008 kembali menemui kita setelah hampir setahun AZ-Alkmaar muncul sebagai pasukan terhebat di Kampus Putrajaya kita. Acara sukan tahunan ini berjaya menarik sebahagian besar penghuni kampus untuk berkumpul dan menikmati persembahan yang menarik dari pemain-pemain berbakat.

Kali ini kemeriahan Uniten Cup 2008 sudah mula dirasai dengan perlawanan-perlawanan persahabatan diantara kelab-kelab yang akan menyertai siri tahun ini. Pelbagai spekulasi dan khabar angina mengenai pemain-pemain yang akan bermain untuk pasukan mana dan pelbagai khabar dan kenyataan mengenai pasukan mana yang akan menggondol kejohanan dan dimahkotakan sebagai raja bolasepak kampus Putrajaya.

Saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai kepentingan Uniten Cup diadakan disamping menjadi sumber hiburan kita di Kampus,ianya juga adalah medan atau platform terbaik menonjolkan yang kita sebagai siswa bersatu. Benarlah kenyataan bahawa “ Football Unite People”. Saya amat berbangga melihat pemain-pemain gabungan pelbagai bangsa di dalam sebuah pasukan dan mempunyai niat yang satu,untuk menjadi yg terbaik dan untuk menjadi pemenang. Bukan itu sahaja,penonton-penonton duduk sebelah menyebelah antara satu sama lain menjerit menyatakan sokongan mereka.

Realitinya,tidak semuanya sempurna didalam sesebuah penganjuran program itu,pada tahun lepas Uniten Cup 07 dicemari dengan insiden pergaduhan antara pasukan. Saya hadir semasa perlawanan tersebut,dan saya nyata kecewa kenapa perkara seumpama itu boleh terjadi dan ianya boleh membawa kepada konflik yang lebih serius. Alhamdulillah,sekretariat ketika itu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik sekali,tahniah saya ucapkan. Saya berharap perkara seumpama itu tidak akan terjadi lagi untuk siri kali ini.

Saya sering percaya,pasukan yang mempunyai gandingan pemain berbilang bangsa dan warganegara akan menjadi pasukan yang terbaik sekali. Cuba pembaca sekalian bayangkan sebuah pasukan yang berbilang bangsa bermain diatas padang,dan ketika itu bermain dengan menentang pasukan yang majoritinya dianggotai oleh sebuah bangsa sahaja. Saya merasakan insiden kurang molek akan kurang berlaku kerana perasaan segan dan malu masih ada diantara mereka kerana mereka tidak akan bergaduh diantara bangsa masing-masing. Cuba anda bayangkan.

Disamping gabungan pelbagai bangsa akan menghasilkan keajaiban,percayalah. Satu ketika dahulu,gabungan pelbagai bangsa nenek moyang kita berjaya menuntut kemerdekaan dari imperialis dunia. Sama keadaannya sekarang. AZ-Alkmaar berjaya menarik perhatian saya dengan gabungan pemain-pemain berbakat dari Melayu,India,Cina,Arab,Indonesia,mereka pada Uniten Cup 06 menduduki tempat tecorot dan muncul juara dan disegani pada Uniten Cuo 07 selepas mereka menggunakan konsep berbilang bangsa dan budaya.

Rakan-rakan siswa sekalian,sebelum saya mengundurkan diri bagi entri kali ini,fikir-fikirkanlah,Uniten Cup bagi saya adalah medan terbaik untuk memberikan kenyataan kepada pihak Pengurusan bahawa kita bersatu. Dengan bersatu,barulah suara kita akan didengari dan diambil perhatian. Dengan bersatulah,Kualiti bola sepak UNITEN akan meningkat dan kita akan menjadi pelajar-pelajar yang professional.


P/s Info mengenai Uniten Cup 08,sila klik sini ( bagi pelajar yang menginap di apartmen UNITEN sahaja)

5 comments:

rekrazie said...

akum~
wes artikel ko mcm menarik.. aku nak letak kat website unitencup leh ke?

Anonymous said...

az alkmar tempat tercorot uniten cup 06???gler xley bla!

rekrazie said...

lol tu 2006. 2007 champion

Anonymous said...

bley2....
silalar rekrazie

pelajar yg gemuk V

Yusmir Yusop said...

Tak sabar pulak nak lawan AZ balik.Nampaknya training sungguh2 tadi...