Ikut Resmi Padi,Semakin Berisi Semakin Tunduk

. Tuesday, December 4, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

(Oleh Pelajar yg Gemuk V)

Asalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini 3 Disember 2007,saya tergerak hati untuk menemani sahabat saya ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Hajat beliau ingin membelah-belah sempena Jualan Akhir Tahun (YES) dan Krimas. Ketika itu,saya kekurangan wang tetapi sahabat saya coverkan untuk saya.

Sesampainya saya di sana,tergerak hati saya untuk ke MPH bagi melihat buku-buku kegemaran saya, saya menjumpai judul The Alexandria Link dan The Thirthteen Apostle. Saya memilih utk membeli The Thirthteen Apostle. Ketika saya ingin membuat pembayaran. Saya seorang sedang beratur dan tiada lagi pelanggan lain ketika itu.Saya sedang menunggu seorang pelanggan yang sedang membuat pembayaran.

Tetapi,saya pelik,berhampiran dengan hamba Allah terbabit kelihatan seorang lelaki seperti pengawal peribadi. Ini menambah perasaan ingin tahu saya ketika itu. Saya melihat pelanngan terbabit dengan rasa curiga dan ingin tahu. Susuk badan yang tinggi dan rambut yang pendek,beliau memakai baju kemeja putih dan seluar khakis,tak silap saya. Saya amat terkejut apabila saya menyedari pelanggan didepan saya adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah,Raja Muda Perak.

Segera saya memanggil sahabat saya dan cuba berkomunikasi dengan pengawal peribadinya. Pengawal peribadinya mengangkat isyarat supaya tidak membuat sebarang tindakan besar. Saya menunggu Baginda Tuanku membuat pembayaran,dan beliau berpaling untuk meninggalkan MPH. Saya tanpa segan silu,menegur Baginda Tuanku dan bertanya khabar.

Saya sangat terkejut,Baginda Tuanku adalah seorang yang mesra dan friendly. Beliau senyum membalas salam saya dan bertanyakan mengenai diri saya. Baginda Tuanku adalah salah seorang tokoh terkemuka yang saya sangat-sangat kagumi. Baginda Tuanku bertanyakan dari mana saya berasal dan saya menuntut dimana dan Baginda Tuanku sememangnya bebas dari protokol sewaktu itu.. Saya membalas pertanyaan Tuanku menyatakan saya siswa dari UNITEN. Hari ini adalah hari yang bertuah bagi saya.

Itulah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin di Malaysia ini. Ikut resmi padi. Baginda Tuanku seorang kerabat DiRaja. Seorang pemimpin lepasan Harvard dan beliau tidak berbangga dengan kedudukan beliau dan sangat merendah diri. Baginda Tuanku melayan saya,seorang rakyat biasa dengan senyuman dan perbualan yang berhemah dan menarik. Saya ingin menarik perhatian semua pemimpin-pemimpin yang berada di UNITEN kita ini agar mencontohi beliau.

Hari ini sememangnya hari yang bertuah bagi saya.....

P/S Sila klik sini untuk melihat biodata Tuanku

0 comments: