(oleh : pelajar yg gemuk V)
“Dasar-dasar negara harus disesuaikan dengan keadaan semasa dan tuntutan zaman. Namun kita meneruskan dasar tutup pintu yang memandang ke belakang yang mempertahankan budaya lama yang tidak menekankan kecemerlangan dan keterbukaan”
Asalammulaikum dan Salam Sejahtera,
Petikan diatas saya ambil dari blog sahabat saya. Saya mengambil masa utk menelaahnya dan dapat merasakan rasionaliti yang digunapakai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membentang hujah beliau. Tetapi saya tidak ingin mengupas semua mengenai agenda tersebut. Saya hanya tertarik dengan petikan diatas dan saya merasakan ianya ada kaitan dengan mentaliti siswa/siswi UNITEN kita.
Saya sangat bersetuju dengan nukilan penulis agenda mengenai dasar-dasar negara harus disesuaikan mengikut keadaan semasa. Jikalau kita lihat keadaan di Kampus Putajaya yang indah ini,jika kita melihat keadaan service provider iaitu Kelab/Persatuan?? Saya amat bersetuju yang keadaan atau dasar-dasar yang digunapakai utk mentadbir Kelab/Persatuan samada oleh pihak HEP ataupun MPP atuapun pemimpin Kelab /Persatuan perlu disesuaikan mengikut kehendak semasa.
Jelas dan tak perlu bersuluh lagi.keyakinan siswa/siswi UNITEN terhadap organisasi pelajar yang wujud sekarang sudah terhakis,jumlah penyertaan yang membimbangkan,kewujudan sekelompok pelajar yang “berada dimana-mana sahaja”,keberkesanan program yang kian menghakis,dan hujung minggu Kampus kita yang umpama perkuburan,mati senyap dan sunyi.
Oleh itu saya ingin menyeru semua pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan segera dan serius dalam mengatasi permasalahan ini. Saya secara tegas menyarankan agar dasar-dasar pentadbiran digubal,diteliti dan sesuai. Kepada pemimpin-pemimpin Kelab/Persatuan,sesuaikanlah budaya kerja kalian,dasar-dasar pertadbiran kalian agar kalian boleh memajukan organisasi kalian. Kalian diharapakan dapat menyemai budaya berkongsi peluang dengan semua pelajar dan kurangkan politik pejabat yang saya dapat lihat secara halus menakluki pemikiran pemimpin Kelab/Pesatuan kita.
Petikan diatas juga ada menunjukkan sikap dan budaya masyarakat Malaysia yang kini sedang berputik didalam diri siswa/siswi kita. Kebergantungan terhadap budaya lama,mengamalkan dasar tutup pintu,memandang ke belakang dan tidak bersifat terbuka dan pantang dikritik.
Saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai perkaa ini. Saya amat percaya kepada konsep jikalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,jikalau kita tidak mengambil risiko bagaimana kita hendak mendapatkan kejayaannya. Tiada benda didalamnya boleh diperolehi dengan mudah. Cuba pembaca bayangkan,kenapakah kita mesti meragui kemapuan diri apabila kita sudah mencapai sesuatu standard??Cuba bayangkan kenapakah kita mesti berundur kebelakang balik sedangkan pilihan utk bergerak maju sudah ada didepan mata?? Kenapakah kita boleh alpa dan lupa yang kritikan dapat mendewasakan kita??
Saya juga menemui satu sifat yang perlu dikikis didalam jiwa siswa/siswi UNITEN, Takutkan Kritikan. Rakan-rakan siswa sekalian,berkenaan dengan mengekalkan budaya lama,saya sering menjelaskan,kita perlu berbangga dengan identiti kita dan kita kekalkan identiti kita,tetapi jangan lah sampaikan perubahan-perubahan utk kepentingan dan kemajuan organisasi disekat kerna alasan yang identiti telah terhakis.
Sudah panjang agaknya nukilan saya.Sebelum mengundur diri,saya menyeru golongan-golongan yang sedang berada di tempat yang membuat keputusan agar menilai balik dan memikirkan apakah kita sudah bangga dengan apa yang kita capai??Saya menyeru agar kita jangan mudah berpuas hati dan teruskan menuju kearah kejayaan yang lenih gah lagi di masa depan.
0 comments:
Post a Comment