hanya sekadar PENDAPAT...

. Monday, November 26, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

berikut adalah nukilan dari seorang pembaca yang ingin disiarkan di UnitenDaily...pihak moderator akan meyiarkannya...

hangat... hangat... hangat... tu jerk yang mampu aku katakan hehehe...

chill bro and sis.... xde saper yang melatah disini... niat tu dahbetul tapi aku rasa faktor masa dan 'orang' yang mengetengahkan topikni menyebabkan berlakunyer serangan peribadi... tapi pernah dengar kanperibahasa "jika tiada angin masakan pokok bergoyang"... x sebelahmaner2 pihak .. kiter apply peribahasa ni pada dua-dua belah pihak...tak faham?? aku cuba bagi pandangan ataupun pendapat

pihak pencadang cuba menyuarakan satu isu yang dirasakan perlu untukdifikirkan.. ya memang betul kalau tak sekarang bila lagi tapi padaaku kenapa baru sekarang?? and i really meant it why now sedangkanmelalui komen-komen yang sebelum ni aku baca ramai gak yang dah sedarakan permasalahan ni.. kenapa perlu tunggu??BACUL??takkan kot... kalotak,pasti takde sorang pun yang berani nak menyuarakan LANGSUNG....yelah kalau takde perkara yang silap masakan topik inidisuarakan...cuma mungkin masanyer tak sesuai... dan caranya takbetul... bagi sesetengah pihak yang membaca....

betulkan aku kalau aku salah... perkara ni dah melibatkan pihaktertinggi badan berkanun universiti kita... kalo setakat pendapat daripelajar tu ataupun hanya pin-point pada pelajar mungkin dikira takmengapa lagi... so kenapa tak minta penjelasan dari pihak tertinggiitu sendiri?? tak diberi peluang?? dah cuba ker?? jumpaseorang??ataupun hanya jumpa orang yang kamu baik dan akan memberijawapan yang menyokong kamu... biler kita mahu pendapat untukmemperbaiki diri.. jangan sekadar dengar yang manis... ambik juga yangpahit tu.. muhasabah diri tu kan bagus.... ustaz aku cakap laaa... taktau ustaz korang cakap ker tak...

pihak pembahas pula(yakni yang menentang dan dianggap penyerang)mungkin terasa hati dengan cara luahan yang dibuat... mungkin takdeorang yang berdepan dengan mereka secara terang?? sebab aper??BACUL??
baca bole tahan... dan mereka-mereka yang menyerang itu bukan laa tidak matang tapi macam yang pernah aku cakap dulu,secara psikologinyer manusia kalo tengah marah,ader sesetengah perkara yang jadi tak berapa nak sedap didengar... melenting... bukan tak tentu pasal tapi yelah unggun api kalo disimbah petrol,marak laa lagi...manusia kan.. atau lebih tepat lagi orang MELAYU.... darah pendekar ni pantang dicabar macam kisah tuah dan jebat,tapi kita sekarang zaman teknologi,zaman guna internet,guna blog,so tak tau laa kot2 hanya berani kat sini sajer kat meja perbincangan bisu seribu bahasa...adakan dulu perbincangan .. dan kita lihat hasilnyer... dan harap pihak pembahas bole keluarga fakta bukannyer auta... dan biler bercakap tentang pendapat neh ... satu perkara yang terlalu subjektif... xde saper yang akan menang atau kalah... lain laa kalau ada FAKTA yang menyokong... kemukakan fakta,kemudian kita bole berbicara... sebab apabila satu pendapat yang goyah tetapi lantang dan mendapat sokongan ramai maka si pemberi pendapat akan mengatakan bahawa dia yang betul... dan yang kurang mendapat sokongan akan dikatakan salah.... jadi citer pasal pendapat,nenek aku pun bole bagi tapi mungkin dier akan cakap ni masalah budak-budak kecik yang baru nak kenal dunia... ko nak marah nenek aku,marah laaa... itu pendapat dier,kalao nenek ko,nak marah jugak ker?pendapat nenek ko jugak... bukan laa niat aku nak berkasar tapi nak bincang,kita bincang betul2... adakan satu tarikh,tempat dan masa.... "argghhhh perkara remeh camni ni pun sampai nak bermeeting-meeting bagai... buat aper..." mungkin ayat tu yang akan keluar bila diajak berbincang... so saper yang takut?? orang yg bagi ayat camtu laa...

aku bagi PENDAPAT... kalau ada MPP UNITEN yang baca mungkin bukak semkiter duduk dalam bilik meeting... ataupun buat macam di MPH bersama prof ghaz. kiter sembang terus... nak bertelagah ker.. pecah kepalaker punyer pasal sebab kata masing-masing dah matang kan... takkansampai nak baling batu kot... kater pelajar uniten... uniten generateprofessional... malu wooo kalu kiter meeting ader yang berdarahkepala...(walhal aku tak ralat kalu benda ni berlaku).. buat laa harisabtu malam ker... kalo aku bagi tarikh sekarang pun aku bukan mpptapi kalau ader teringin gak aku join... nak tengok dan dengar apayang akan berlaku... kalau agak tak cukup JEMPUT pihak HEP... ingatJEMPUT... bukan PANGGIL ... kater bahasa jiwa bangsa... so ikut adablaaa ... lain laa kalau ko skang belajar kat US... bole berpiket,bakkater livita honey 250... takkan nak buat perhimpunan "bersih" katdalam kampus ni kot... korang dah banyak duit sangat ker nak tukar keuniversiti lain... ini bukan institut berkonsepkan perundangan tapiini institut kejuruteraan tersohor... tapi sekatat nak meluahkan rasatak puas hati aku rasa tak salah tapi biarlah pada tempat dan carayang betul.... jangan BACUL ... dan dengar laa dulu apa yang nakdiperkatakan samada memang berlaku kecurangan etika ataupun hanyasekadar rasa bingung dari seorang anak kecil yang inginkan sesuatu dari hati....

secara jujurnya aku memang kagum dengan semua pendapat yangdiberikan... ader yang menyokong.. ader yang disokong.. ader yangmembantah... ader yang dibantah.. dan ader juga yang mendapatsambutan.. at least generasi kita ader kesedaran nak berbincangbenda-benda macam dari takde langsung... aku teringat ayat seorangrakan aku... biler ber'blog' neh,we have to address not to impress....but if we have the have the wrong address the letter wont arrivedright... sori laa perumpamaan aku ni cam klaka sket tapi itukanPENDAPAT aku jerk... kalo nak fakta aku kene carik peristiwabersejarah yang menyebabkan keluarnyer statement ini...

blog ni memang bagus sebagai satu medium untuk pelajar mengetahui aper
student laen tergelak tengok anak-anak kecil bergaduh tentang yang berlaku dalam
yang berlaku dalam universiti kiter ini.. tapi jangan laa sampai student laen tergelak tengok anak-anak kecil bergaduh tentangperkara-perkara yang tak mahu dibincangkan secara dewasa... sebab tulaa makin ramai pelajar maleh nak amek port... takut nanti diorangkene berpendapat panjang lebar supaya dapat puaskan hati orang laen...

aku cuba untuk berbicara secara matang... "terasa pedas??" ya akumengaku sebelum ni post aku agak melalut cam haram... tapi aku nakmalu ker??tak salah rasanyer mengaku kesilapan sendiri... tak payahlaaaku pun nak tegakkan benang yang dah basah dengan air liur akusendiri...

aper-aper pun kiter tengok jer laa berapa hari comment ni amek masauntuk bertambah... mungkin dengan ratio 5 komen sehari,10 komenseminggu atau 20 komen sejam.... tapi kat sini jela kan...?? :)



itulah antara artikel pertama yang dtg ke UnitenDaily sejak sekian lama...kami mengharapkan nukilan2 seperti ini dapat di siarkan lagi....
Janji kami di UnitenDaily,luahan anda,kami siarkan,kritis anda kami persembahkan..demi Uniten yang tercinta

14 comments:

Anonymous said...

hurm,..blog memang lar satu tempat nak luah pendapat,..boleh cakap aper ajer...nak mencarut ke aper ke,..tade saper yang nak hambat kan,..tapi jangan lupa,..semua orang boleh access...semua orang boleh baca,..semua orang boleh nampak nama Universiti kita TERPAMPANG...

kalau pun pihak berkenaan tak puas hati dengan apa yang berlaku kat uniten,..kita ada saluran yang betul,..kalau betul tak bacul,..naper tak pihak tu sendiri yang usaha ke pihak atasan...

Kelaka la plak kan,..u all yang nak jawapan,..tapi pihak berkenaan yang datang kat u all....

kalau sorang tu tak tahu apa terjadi sebenarnya,..then memandai wat fatwa sendiri,..itu lah masalah nya,..mcm anak "mama je kan nak merungut sana-sini....

mcm mana lak individu tu boleh mengiktiraf diri dier tuh reporter lar,..wakil student lar,...ada sape2 ke yang lantik? kita ada MPP...jgn kata dengan MPP pun orang tu tak sebulu kan,..ye lar...tak dapat jadi fasi tuh,..mesti lar tak dapat naik MPP gak,..hehehhe...

err..rambut merah tuh,..wat kat saloon maner ha? aku pun nak try gak,.:p

Anonymous said...

siput2....
ko komen cmtuh tuh hak ko...
aku rasa penulis blog nih xbacul...
dia ada hak nk tanya soalan..
then orang yang nak jawab soalan tuh pn ada hak dia....
apa kaitan ngn bacul ke x?
rambut penulis ni nk perang ke apa ke...lantak dia la...tuh hak dia...
apa hak ko nk nafikan hak dia nk bertanya?
so be more matured la....
jangan la nak serang peribadi.....
dalam dunia siber ni kita mungkin bebas untuk melontarkan pendapat...tp berpada la...jangan ikot sedap tangan yang menaip....
nih br orang persoalkan sikit dah melenting...hehehehe...terasa ke?

-insan slumber-

Anonymous said...

memang itulah tujuannya buat blog..biar semua orang boleh baca..apsal takut orang lain tahu permasalahan student uniten? ape takut orang lain tau student2 uniten ni dah takde tempat mengadu?


quote
"kalau pun pihak berkenaan tak puas hati dengan apa yang berlaku kat uniten,..kita ada saluran yang betul,..kalau betul tak bacul,..naper tak pihak tu sendiri yang usaha ke pihak atasan..."
unquote


saluran yang betul? mana saluran yang betul? mppuniten? rasanya masih tak berbunyik lagi mpp yang baru..pemilihan dah lama lepas..terpilih secara automatik kan sebab bilangan calon pun cukup2 je..so di mana mereka? masih senyap membisu? jadi kami student hanya ada blog ni sebagai saluran untuk menyuarakan pendapat dan pandangan kami..dan katanya unitendaily dah mendapat perhatian daripada pihak pengurusan..maka secara tak langsung blog ini juga sebagai saluran untuk menyampaikan isu kepada pihak pengurusan...

bacul tak bacul la..tapi berapa kerat yang kenal betul dengan pihak pengurusan, sampaikan masalah, naikkan isu..bukannya tak berani, tapi masing2 fikirkan kalau isu itu tak patut, silap haribulan student tu sendiri yang susah, timeslot registration mcm sial, kena blacklist dengan HEP, dan yang paling teruk, susah nak grad ataupun kena expel..ape ko ingat student uniten ni sanggup ambik risiko yang teramat tinggi untuk perkara2 macamni?..barangkali ko masih menyerang peribadi budak gemuk V (rasanya ya sebab ko perli dia kaler rambut)..

so what kalo die kaler rambut? ape yang dia dah buat sampai ko benci sangat dengan dia?? ke ko ade sesuatu yang nak disembunyikan dan ko takut budak gemuk V yang ko tak abis2 kondem tu pegi bongkarkan?

ya, dia kan reporter..pasti banyak cerita yang pasti ko tanak orang lain tahu yang dia tahu..

Anonymous said...

aku malas nak komen bebanyak,
memang dia ada hak nak bertanyakan soalan tu.....
TETAPI, dia sendiri dah bgtau yang dia nak jawapan yang sebenarnya dan pada aku, yang paling elok bagi jawapan adalah pihak HEP sendiri. why not, dia g HEP yang selama ni jadi tempat dia melepak, tanyakan soalan ni, dapatkan jawapan yang sebenar-benarnya, n then, post balik kat sini......

daripada wat posting kat blog ni, biar semua org baca, pastu menyakitkan hati orang, membuatkan orang lebih benci dan meluat dengan perangai dia tu.....

kadang-kadang, hak kebebasan bersuara tu ada hadnya..... janganla semua benda nak letak kat blog ni tapi mengharapkan penjelasan dari pihak-pihak yang tertentu, yang pada aku, jwpn tu dia boleh dapat bila bertemu dengan pihak yang sepatutnya dan setelah dapat jawapan, perjelaskan pulak kat semua dengan cara yang lebih proper dan KURANG menyakitkan hati ramai pihak.

ni aku quote dari insan slumber...
"dalam dunia siber ni kita mungkin bebas untuk melontarkan pendapat...tp berpada la...jangan ikot sedap tangan yang menaip...."

ko sendiri dah cakap macam tu....
yang jelasnya sekarang, topic starter yang menyebabkan semua ni.... so, sapa yang menaip ikut sedap tangan je? sapa yang tidak berpada?

mcm komen aku yg sebelum ni, aku pernah bg penjelasan kat member aku yang non-bumi dengan cara yang lebih proper......so xsalah klau dia wat sebegitu kan?

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya bukan berniat utk pertahankan sesiapa.
Bagi saya, tiada pihak yg baik/jahat.
Hanya 2 pihak yg berlainan perspektif pertahankan pendirian masing2.


Pertama,
mcm ni la, dari kita pusing2 ckp bnde sama, pihak sana serang, pihak sini terima, kita selesaikan terus apa yg jd pangkal pokoknya..

boleh x saudara biro-protokol atau sesape yg terasa, quote kn mana2 sentence brother gemuk V dlm entri trsebut yg tunjukkn die sktkn ati sesiapa.
Quotekn shj sentence mana yg menyebabkn anda sekalian menyerang peribadi dia.


Kedua,
bila lihat brother gemuk V bersuara bertanyakan sesuatu,
terus kita dapat lihat comments brbntuk serangan peribadi dlm entri trsebut.
andai kata yg post entri trsebut bukan brother V tetapi student lain,
dan die terus di'flame', diherdik, diserang, disisih kerana pertikaikn sesuatu.
Di mana kebebasan student Uniten bersuara tanpa perlu risau disisih/diancam?
Di mana hak student Uniten utk bersuara tanpa perlu rsau probability mereka disisihkan atau di 'blacklisted'.

The way i see it, this is the trend thats been going on.
'Either ur wif me, follow me, or ur out.
Dont ever try question our way.'

Ketiga,
Moderator, alangkah lebih baik jika pihak atasan HEP pn trlibat sama dlm perbincangan.
Saudara sendiri kata blog ini dibaca bukan sekadar para pelajar tapi juga pihak staf.
Adakah Uniten Daily hanya sekadar luahan pelajar atau disertai oleh para staf Uniten sekali?


Assalamualaikum..

The Moderator said...

kepada anon...

saya tidak menghalang sekiranya pihak HEP ingin melibatkan diri dalam perbincangan ini, dan saya juga tidak menghalang sekiranya mana-mana pihak mahu membawa perkara ini ke meja perbincangan. blog ini hanyalah sebagai satu tempat / cara alternatif untuk menyuarakan pendapat ataupun membangkitkan sesuatu isu.

mengenai luahan hati pelajar semata-mata ataupun disertai pihak staf, itu saya kurang pasti kerana blog ini adalah lebih menjurus ke arah pelajar.

namun saya pasti dan yakin bahawa blog ini diperhatikan oleh pihak pengurusan.

Anonymous said...

salamz... just nak say sesuatu..

awatla penat2 gado kat sini...

pandangn aku..korang ni kononnya berdiskusi secara ilmiah.. konon nye la... bajet gaye penulisan teratur mungkin menunjukkan yg anda ni profesional untuk berdialog... tapi...hakikatnya sebaliknya...

sape nak tahu hal sebenar sesuatu perkara..pi la cari first-hand info... pe gune time orientasi/mengorientasikan budak baru dgn permainan "radio karat"..tapi tak gunakan and dapat kaitkan lam kehidupan sebenar.mcm susah sangt jer..hangpa tepekik lam tenet ni takkan dapat merubah paperpon..lagi ibarat "meludah kelangit je"...

pabila mendengar sesuatu jgn trus percaya, pabila melihat sesuatu jgn trus percaya, tp.. dengar,lihat dan siasatlah ia...

pikirkan lah... :)

Anonymous said...

Kepada ex biro protokol...

Post saya menyakitkan hati?? Kenapa saya tidak berfikir panjang sebelum mengetengahkan perkara ini??kenapa saya tidak memikirkannya yang saya akan menyakitkan hati dan perasaan org lain??

Post saya amat general dan utk pihak HEP menjawabnya. Saya ada persoalan yang ingin dikongsikan kepada saudara:

Kenapakah saudara perlu sakit hati jika soalan ini bukan utk saudara??kenapa saudara sakit hati jikalau saudara tidak berbuat salah?? Ya saya mengakui banyak kali,selama ini saya menggunakan cara yang salah dalam pemilihan,saya mengakuinya atas sebab cintakan kerjaya ini.saya memohon maaf.

tetapi kenapa saudara dan sesetengah yang lain berasa sakit hati??Adakah anda sekalian bersalah?? kenapakah kalian sakit hati sehingga menyerang peribadi saya sebegini rupa??kenapa??

Post dan komentar saya tidak menyerang peribadi dan personaliti individu lain.tetapi kenapa kalian bertindak begini?? Saya sedih,saya pernah bersama kalian,kenapa kalian bertindak begini??

Marah??Dikecewakan??Tak Sangka perkara ini berlaku?? Bukan sahabatku sekalian...Saya tidak mengajukan perkara ini kepada kalian,kalian sendiri yang menjawabnya.

Saya mendoakan semua berjaya....

-pelajar yg gemuk V-

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Sebab itu saya katakan, kalau boleh quotekn la mane2 sentence dari entri trsbut yg menyakitkn mana2 pihak.
Sbb setahu saya la, kandungan entri trsebut tiada pn unsur2 menyerang/menyakitkan sesiapa.
Tapi sehingga kini masih tiada lg jwpn.

Bkn utk berpihak kepada sesiapa, tapi jikalau sesiapa pn yg baca, pasti mereka akan hairan, apa yg ditulis dalam entry tiada pn unsur menyakitkn sesiapa.
Tapi ada pihak seolah2 terasa lantas mula bersikap agresif.
Kenapa?
Mengapa perlu terasa?
Walhal bende ni adalah 'simple as it gets, no strings attached.'

Assalamualaikum..

Anonymous said...

ya..saya amat bersetuju dengan komen anon di atas..

kenapa terasa hati? kenapa sampai serang keperibadian orang yang menghantar artikel? ade something yang nak disembunyikan?

kalau tiada apa yang nak disembunyikan kenapa sampai melenting tak tentu pasal? everything happen for a reason...

ameer said...

aduh, kelakar la korang ni. gaduh2 kat blog ni ape dpt. msg2 darah muda. takde sape nak mengalah.
masing2 ade hujah2 bernas so bile nak abis?
masing2 dapat sakit ati dan dapat sakitkan hati org.
xdpt ape, dapat dosa j. >.<

Anonymous said...

fuhhh...panas2....

bile da baca balik sume...nak kate 'flame'...mmg xde...cume just menyuarakan pendapat n pandangan memasing...n x lupa juga nasihat samada yg baik atau keras... terpulang pada pandangan memasing...

tp paham2 sendiri n pikir sendiri jek la...bila kite nak wat posting sesuatu topic tue...biarla general jgn personal...skrang nie tgk yg wat posting tue da take it personal...so para pembaca n forumers kuarkan pendapat n pandangan sendiri secara personal.. tue je...xde nak kate mane2 salah...tp korunk sume leh pikirkan sape yg wat perangai kat cni... -_-

alar...ameer...cam biase la... maybe yg wat posting nie utk mendapatkan perhatian..or mendapatkan keadilan...or medapatkan simpati org laen... kite x tau..hanye poster jek yg tahu knape topic nie diusulkan.... so bile da di-post-kan...no holding back n no regret b'coz u choose it...n that's it... ^_^

Anonymous said...

n lupa nak tegur cket...utk 'mod' kalo bleh..jgn le pihak sesape... sbb sy perhatikan...'mod' mcm belahkan "POSTER" (org yg wat posting topic)...patut 'mod' kene adil n hanye tegur kalo ade forumer yg menggunakan perkataan yg x sesuai...

x kisah la kalo forum nie nmpk mcm ade perbalahan ke gaduh ke...kate ppon forum (tempat berdiskusi).. kalo takut org nmpk pergolakan berlaku kat cni... buat ape la nak susah2 adekan blogspot@forum nie...pendek kate "USELESS TO HAVE IT WHEN YOU'RE AFRAID OF HAVING IT"... >_<

Anonymous said...

hehehehehe....
wahahahaha..
gelak guling-guling aku bace komen...
bende simple pon nk kecoh-kecoh....
takde la berat sangat intipati entri tuh....just opinion penulis entri tuh je....

then aku tak nampak moderator cenderung kearah penulis entri....
tapi orang yang komen je yang kebanyakkan emosional...macam ada sesuatu yang tak selesai diluar alam maya ni...

justeru itu sikap menyerang secara peibadi ni pon wujud la....kalau macam nih la mentaliti kita....mana perginya profesionalisme dalam diri kita...
hal personal tuh setel kat luar la....nih tempat nak berdiskusi...so berdiskusi la dengan berhemah...

so be more matured....lontarkan pendapat anda semua dengan lebih berhemah dan bersesuaian ikot cara anda asalkan tidak terlalu emosional...

blog nih bagus dalam menilai sejauh mana student uniten mengambil tahu perkara yang terjadi di sekeliling mereka....bukan digunakan sebagai medium untuk menyerang secara peribadi...blogger pon ade ethic jugak....so pembero comment pn sila la ada ethic skit.....matangkan sikit pemikiran tuh....kata budak universiti....buktikan anda suma adalah pelajar universiti...=p

p/s: ikot rasa binasa, ikot hati mati....kecik hati takper leh besarkan balik...wakakakaa~

-slumber jer-