Selamat Bertugas Prof.Dr. Ghazz

. Saturday, September 29, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Selamat Bertugas Prof. Dr. Ghazz

(oleh Pelajar Yang Gemuk V)

Hari Jumaat yang lalu bersamaan dengan 28 oktober 2007 mencipta satu sejarah kerana majlis itu adalah pertama kali diadakan setelah hampir 3 tahun saya berada di UNITEN tercinta ini. Ini lah kali pertama Pihak Pengurusan UNITEN berani bersemuka dengan pelanggan-pelanggan utama mereka. Saya yang juga menghadiri majlis tersebut mendapati Pihak Pengurusan kali ini berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kepercayaan pelajar-pelajarnya. Bukan sahaja TNC (HEP,Alumni,Pengurusan) yang hadir memberikan komitmen,hampir semua kepala-kepala jabatan dibawah seliaan beliau menghadirkan diri.Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada mereka.

Akan tetapi saya amat-amat mengharapkan hasil dari perjumpaan raksasa dapat dituai dengan baik dan dirasai oleh semua pihak. Respon yang saya perolehi daripada kuasa media utama yang lain di UNITEN ini,rata-ratanya benar-benar mengharapkan perubahan.Malah mereka telah berjaya menggariskan 9 perkara yang dijanjikan oleh Pihak Pengurusan untuk diambl tindakan,

1) membaik pulih cendiakawan
2) memperbaiki perkhidmatan bas
3) memperbaiki perkhidmatan internet
4) mempertimbangkan pemberian cuti tambahan bagi pelajar2 berbangsa india yang menyambut depavali/diwali
5) Pihak Pengurusan yang transparent
6) Penjenamaan semula MPP UNITEN
7) Memohon kerjasama pelajar-palajar UNITEN utk bekerjasama dengan pihak Pengurusan supaya Pengurusan dapat membantu pelajar
8) Memperkemaskan Perpustakaan UNITEN dengan melengkapkan kemudahan buku rujukan
9) baik pulih kemudahan UNITEN sebaik mungkin

Ini yang sempat saya ambil dari sumber tersebut setakat ini.Dan mungkin ada banyak lagi yang saya tertinggal,mohon maaf dari saya.

Saya mencadangkan agar MPP yang baru akan memastikan 9 perkara ini berjaya dilaksanakan dan jika ada lagi perkara-perkara berbangkit mohon MPP dapat berusaha utk merealisasikanya. Saya mencadangkan agar pihak Pengurusan dapat menunjukkan keikhlasan mereka terhadap MPP dengan menganugerahkan mereka insentif-insentif tambahan agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik. Saya ada menjelaskan sebelum ini,perkara ini bukan sebagai bonus atau gaji,tetapi mereka telah mengambil tangungjawab yang sebahagian besarnya mengelak.Mereka hanya beroleh RM 100.00 sebulan dengan alasan ianya cukup menanggung duit komunikasi dan petrol kereta.

Saya mencadangkan kepada pihak Pengurusan untuk merangka kembali insentif MPP dan bukan menggunakan Tabung Aktiviti Pelajar kami membiayai insentif tersebut. Pihak Pengurusan seharusnya menyediakan bajet khas daripada dana Universiti utk membiayainya.

1) Kemudahan Apartment percuma (Ilmu,Amanah,Murni dan Cendiakawan)
2) Kenaikkan elaun khas MPP dari RM 100.00 ke RM 200.00 sebulan
3) Pengecualian maksimum 3 kredit bagi setiap semester bagi tahun mereka menjadi MPP.
4) Akses terhad terhadap perbelanjaan keluar masuk Tabung Aktiviti Pelajar ( Sekadar Memantau).

Jika kita sudah berbangga dengan 10 tahun tertubuhnya UNITEN,saya rasa sudah tiba masanya kita menggangkat peranan MPP lebih tinggi lagi. Jikalau Universiti-Universiti terkemuka yang lain menggangggap MPP sebagai salah satu agen pembangunan Universiti,visi kita untuk mencapai status universiti premier menjelang 2010 mungin tercapai.

Oleh itu,saya mengambil peluang sekali lagi atas perlantikan Prof.Dr.Ghazz ke fortfolio yang mencabar iaitu HEP agar mengambil berat atas apa yang pelajar-pelajar harapkan. Jumaat lepas memberikan satu sinar baru kepada pelajar-pelajar UNITEN setelah lama ketandusan kasih sayang pihak Pengurusan. Saya boleh rasanya yang Prof. Dr sendiri membaca blog ini.Saya berharap Prof. Dr dapat mengambil kira pendapat saya. InsyaAllah sekalian pelajar akan terus menyokong Prof. Dr jikalau perkara yang dijanjikan dan dituntut dizahirkan.

Kami akan membantu Prof.Dr jikalau Prof.Dr membantu kami....

4 comments:

phyzhoe said...

harap2 semua isu yang dibankitkan oleh studet ari tu dapat disetelkan. Tapi aku bleh nampak r yang Prof betul2 nk tulun para pelajar. Hope more improvement after this

Anonymous said...

4) Akses terhad terhadap perbelanjaan keluar masuk Tabung Aktiviti Pelajar ( Sekadar Memantau).

this thing cant be done..in eternity oso, student will never have that privilege..nuff sed..


unless someone or somebody goin to sacrifice himself..*wink*wink

Anonymous said...

-upin & ipin -

sokong 100% ape yang "pelajar gemuk v" utarakan...

harap2 agar pihak uniten dapat mempertimbangkannya....

tncp hendaklah menilai semula ape yang telah uniten kasi kepada mpp sebagai menjaga kebajikan mpp yang telah berkorban untuk uniten dan student.

Anonymous said...

bgus2..ade usaha cikit..just try to get ur views to the public later k..
all d best to u all!!