Meradikalkan Universiti Kita.

. Monday, June 30, 2008
0 comments

oleh: pelajar yg gemuk V

Ada seorang teman menyarankan saya agar membaca artikel yang ditulis oleh Dr. Azly Rahman di laman blog terkemuka di Malaysia. Saya mendapati hujah-hujah yang beliau nukilkan rasional dan perlu diambil berat oleh semua.

Beliau menulis mengenai situasi dan persekitaran menara gading kita yang kurang membantu membentuk pelajar-pelajar kelas pertama. Saya suka membaca berkenaan dengan sistem pendidikan kita yang berorientasikan peperiksaan. Sacara peribadi saya bersetuju bahawa ia adalah antara sebab kualiti graduan kita sekarang amat menyedihkan.

"Our students are being treated like extensions of the Malaysian secondary schools and they in turn treat the university as a place wherein facts are merely to be regurgitated at the end of the semester examinations. Therefore they now expect to be spoon-fed all the time, even during job interviews"

Semakin saya mendalami nukilan penulis,saya semakin berharap kampus kita dapat benar-benar menjadi Universiti bertaraf dunia.UNITEN kini bergerak pantas dalam mendapatkan status kelas dunia. Pelbagai akreditasi-akreditasi daripada badan-badan professional yang diiktiraf seluruh dunia diharapkan menyumbang kearah matlamat untuk disenaraikan oleh THES - QS World University Rankings pada masa hadapan.

Apa yang saya ingin nyatakan disini,diharapkan pihak pengurusan UNITEN tercinta kita dapat membentuk satu suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bukan sahaja dari sudut infrastruktur malah dari sudut pembangunan minda dan kemahiran kelas pertama. Saya yakin jikalau perkara ini diambil serius oleh pihak UNITEN terutamanya Pusat Hal Ehwal Pelajar,usaha ini akan berhasil dan bolehlah kita mendabik dada sebagai IPTS pertama disenaraikan di ranking tersebut.

sila klik untuk menyelami nukilan Dr. Azly Rahman.(artikel ini diekstrak dari Malaysia-Today.net

Isu Saiful Bukhari Azlan

.
10 comments

Pihak Moderator ingin memaklumkan kepada semua pengunjung bahawa Saiful Bukhari Azlan adalah bekas Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Pelajar sesi 06/07. Beliau didapati tidak melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin dan sebagai seorang pelajar dan mengakibatkan beliau telah diberhentikan oleh pihak UNITEN.

Kami juga percaya yang isu-isu berkenaan dengan Saiful Bukhari Azlan tidak ada kaitan dengan UNITEN. Semua perkara yang berlaku adalah tanggungjawab beliau sendiri bukan UNITEN.

Saiful Bukhari tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan UNITEN lagi kerana beliau telah diberhentikan dan jawatan beliau sebelum ini telah dilucutkan atas ketidakcekapan beliau.

Kami ingin menyeru kepada semua pengunjung agar isu ini tidak menjejaskan keyakinan semua pengunjung kepada UNITEN. UNITEN adalah sebuah intitusi pengajian tinggi yang ulung dan berprestij.

nota : UnitenDaily adalah laman peribadi dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Universiti Tenaga Nasional. Segala artikel dan pengumuman adalah pandangan individu semata-mata dan tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pihak.

sila klik utk mengetahui pandangan peribadi seorg teman.

UnitenDaily Beroperasi Semula

.
0 comments

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga UNITEN...

Kami ingin menyatakan kepada semua pembaca, oleh kerana proses menaik-taraf dan tanggungkawab moderator sebagai seorang palajar yang taat,kami terpaksa menutup sementara Unitendaily ini.

Kini,UnitenDaily akan beroperasi semua kepada semua,memberi info-info terbaru mengenai acara di UNITEN, isu-isu pelajar-pelajar untuk dibincangkan, rungutan dan padangan untuk dibicarakan dan kritikan untuk disalurkan.

Saya selaku moderator ingin menawarkan kepada semua pelajar-pelajar UNITEN untuk menyalurkan hasil nukilan mereka untuk disiarkan.

Terima Kasih

nota: Pihak moderator berhak menolak artikel-artikel yang dikirimkan dari disiarkan jika pihak moderator merasakan isu-isu berkenaan sensitif dan bercanggah dengan undang-undang UNITEN dan Malaysia